Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tanda Amalan Kita Pada Bulan Ramdan Diterima

Menurut para ulama, ada beberapa perkara yang menjadi tanda amalan diterima.
Editor
28 May 2020, 05:30 PM

Antara tanda tanya yang kerap dilontarkan oleh ramai orang selepas Ramadan ialah – bagaimana untuk mengetahui sama ada amalan Ramadan diterima? Menurut para ulama, ada beberapa perkara yang menjadi tanda amalan diterima.

tanda amalan kita pada bulan ramdan diterima

#1 Menjadi Lebih Baik Daripada Sebelumnya

Syaikh Shalih Al-Fauzan hafidzahullah berkata,

إن من علامة قبول شهر رمضان أن تكون حال المسلم بعده أحسن من حاله قبل رمضان لأن الحسنة تدعو إلى الحسنة، والعمل الصالح يدعو إلى العمل الصالح

“Diantara tanda diterimanya amal soleh di bulan Ramadan adalah keadaan seorang muslim setelahnya menjadi lebih baik daripada sebelum Ramadan, kerana kebaikan akan mengajak kepada kebaikan (selanjutnya) dan amal soleh akan mengajak pada amal soleh lainnya.”

Jika sebelum ini dia seorang yang tidak menjaga kata-kata, kerap bercakap kasar atau mengadukan keburukan orang, maka dia jadi lebih berhati-hati kerana telah memahami berat tanggungan dosa lisan. Jika selama ini dia kurang menjaga solat, bangun lewat untuk Solat Subuh, maka kini dia lebih awal menunaikannya dan begitulah seterusnya.

#2 Berpuasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Tanda yang lain pula adalah melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Jangan tak tahu, bukan Ramadan sahaja yang ada tawaran ganjaran berganda. Umat Islam sangat dianjurkan berpuasa enam hari pula di bulan Syawal kerana ia umpama seseorang itu berpuasa selama setahun!

Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”

(Riwayat Muslim, no. 1164)

Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah pula mengulas bahawa kembali melakukan puasa setelah puasa Ramadan merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadan. Hal ini kerana, jika Allah menerima amalan seseorang hamba, Allah akan memberi taufik untuk dia melakukan amal soleh selepas itu.

#3 Berterusan Melakukan Kebaikan

Para ulama juga mengatakan bahawa “balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya”. Allah memudahkannya melakukan kebaikan yang seterusnya, lagi dan lagi sehingga dia mencapai kemanisan dalam beribadah kepada Allah.

Ibnu Rejab mengulas lagi,

“…siapa yang melakukan kebaikan lantas diikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan yang pertama diterima. Sedangkan yang melakukan kebaikan lantas setelahnya malah ada keburukan, maka itu tanda tertolaknya kebaikan tersebut dan tanda tidak diterimanya.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 388)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}