Sedar tak sedar, lebih setahun COVID-19 melanda negara kita dan Ramadan kali ini kembali dihiasi bagi umat Islam setelah pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
Tahun ini solat sunat tarawih kembali dibenarkan di masjid dan surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, berbeza daripada tahun lepas apabila solat sunat tarawih hanya dibenarkan di rumah bersama keluarga.
Gembira dan teruja apabila Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri yang tidak dibenarkan beroperasi tahun lalu kembali beroperasi tahun ini.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail, beliau memberi jaminan 790 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah bersedia menanti ketibaan jemaah.
"Setiap masjid dan surau telah menubuhkan jawatankuasa pasukan petugas bagi menyelia dan mengawal SOP Jawi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pihak penguatkuasa dari PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan JAWI juga akan melakukan pemantauan berkala bagi memastikan semua SOP dipatuhi, walaupun masjid dan surau berada di hujung mana pun, mereka tidak akan terlepas dari pantauan," ujarnya lagi
Tambahnya lagi, bagi mengelakkan wujud kluster baharu, majlis berbuka puasa hanya dibenarkan untuk ahli jawatankuasa dan petugas sahaja manakala moreh tidak dibenarkan, tetapi masjid dan surau digalakkan menyediakan makanan berbungkus untuk dibawa pulang selepas solat.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.