Sering sekali kita dengar, apabila terjadinya musibah-musibah yang melanda sesebuah tempat, orang Islam akan mengambil inisiatif untuk berdoa kepada Allah melalui Qunut Nazilah.
Nazilah membawa maksud musibah yang sangat berat. Ia adalah sunat dibacakan ketika terjadinya musibah atau bencana.
Penularan wabak COVID-19 yang melanda negara kita ketika cukup membimbangkan semua pihak kerana ia mampu meragut nyawa. Malah, angka kes postiti di Malaysia juga makin meningkat hari demi hari.
Justeru, umat Islam disaran untuk memperbanyakkan berdoa kepada Illahi dan juga diseru menunaikan solat sunat Hajat untuk membendung penularan wabak COVID-19
Ini antara hukum hakam Qunut Nazilah secara ringkas.
- Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).
- Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
- Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.
- Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.
- Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.
- Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
- Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.
Doa yang boleh dibaca:
Justeru, ayuh lah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir dan diangkat di dunia ini.
Sumber: tzkrh.com / Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.