Bila beli kasut, barang eletrik atau apa barang sekalipun, kita akan dapat sekali beberapa uncang kecil gel silica. Ia berfungsi untuk menyerap kelembapan supaya barang yang dibeli itu tidak rosak.
Selalunya kita akan buang gel silica ini, tapi jangan buang! Sebenarnya, ada banyak kegunaan gel silica ini di rumah terutamanya untuk barang-barang yang kita simpan.
1. Barang kemas kekal berkilat
Letak gel silica ini dalam kotak barang kemas supaya aksesori kegemaran anda sentiasa berkilat. Gel ini akan mengelakkan barang kemas yang kita simpan lembap yang boleh membuatkan barang kemas anda kedam dan tidak bersinar.
2. Letak dalam kasut supaya tidak berbau
Kalau anda jenis yang kerap bersukan, letak saja gel silica ini dalam kasut sukan. Ia akan menyerap segala kelembapan dan peluh yang boleh menyebabkan bau busuk. Sekali gus ia akan menghapuskan bakteria.
3. Berguna jika telefon masuk air
Selalunya kalau telefon jatuh masuk air, reaksi pertama adalah kita pasti akan letak dalam beras. Tapi sebenarnya, gel silica ini berguna untuk keringkan telefon anda jika terjatuh dalam air. Caranya adalah, lap kering telefon kemudian ambil plastik kedap udara, masukkan telefon dan gel silica dalam plastik tadi. Biarkan selama 5-6 hari agar ia betul-betul kering. Kemudian cuba telefon anda lagi sekali.
4. Simpan gambar lama agar tidak rosak
Zaman sekarang mungkin tak ramai yang simpan album gambar lama. Tapi jika ada orang yang masih simpan album gambar lama, masukkan gel silica ini dalam kotak album. Supaya nanti gambar-gambar dalam album tidak berkulat atau melekat pada plastik hingga boleh rosak.
5. Guna untuk simpan dokumen penting
Sama sahaja seperti album gambar lama, jika nak simpan dokumen lama dan penting seperti surat beranak, sijil kahwin, atau bil yang penting. Letak gel silica dalam bekas tempat menyimpan dokumen ini supaya ia tidak lapuk dan rosak.
6. Letak sekali dengan baju yang jarang guna supaya tahan lebih lama
Baju kenduri yang mahal selalunya akan pakai untuk majlis tertentu. Jadi nak simpan baju begini sebaiknya letak sekali gel silica dalamnya. Letak dalam poket atau penyangkut baju supaya baju tak berbau dan tahan lama.
7. Elak pisau cukur dari berkarat
Biasanya alat pencukur akan disimpan dalam bilik air dan akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Jadi kalau nak simpan alat pencukur dalam bilik air, letak saja dalam plastic kedap udara bersama gel silica untuk pastikan ia kering.
8. Hilangkan bau kepam dalam bilik
Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa kurang selesa dalam bilik. Kalau ada bau kurang menyenangkan ini, ambil gel silica ini keluarkan dari uncangnya dan masuk dalam bekas kecil. Titiskan sedikit minyak pati yang kita suka. Ia akan buat bilik berbau segar berpanjangan. Tapi, pastikan anda letak di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Sumber: Times of India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.