Kehidupan ini perlu ada kesabaran dalam setiap ujian yang kita lalui, tidak kira betapa kecil mahupun besar ujian tersebut.
Terdapat banyak hadis dan inti pati dalam Al-Quran yang menceritakan tentang keistimewaan bersabar antaranya,
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah 2:153)
Ada tiga jenis sabar yang telah digariskan dalam Islam:
Pertama, bersabar dalam melakukan segala suruhan Allah.
Kedua, bersabar dalam menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ketiga, bersabar menerima ketetapan yakni qada’ dan qadar daripada Allah SWT.
Kesabaran amat diperlukan dalam setiap aspek kehidupan kita. Dalam melakukan ibadah, menjauhkan diri daripada perkara dilarang Allah, apatah segala musibah, rezeki dan ketetapan daripada Allah SWT.
Sumber: Mufti Menk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.