Papan pemotong merupakan alatan yang wajib ada dalam dapur. Kini ada, pelbagai jenis papan pemotong dengan reka bentuk dan bahan papan pemotong dijual di pasaran. Inia da beberapa tip pemilihan papan pemotong dan cara penjagaan yang betul menurut Rasa.
1. Mengetahui jenis papan pemotong
Terdapat pelbagai jenis papan pemotong, ada yang diperbuat daripada kayu, plastik, silikon dan sebagainya. Pilihan yang paling baik adalah memilih papan pemotong yang diperbuat daripada plastik kerana ianya lebih murah, ringan dan senang untuk dijaga.
2. Mempunyai papan pemotong yang berasingan
Sebenarnya setiap bahan di dapur, perlu menggunakan papan pemotong yang berbeza. Asingkan mengikut bahan kering dan juga bahan basah. Ini kerana jika anda tidak mengasingkan papan pemotong, ini dapat mencegah daripada berlakunya peralihan bakteria dari satu bahan ke bahan yang lain lebih tinggi.
3. Membersihkan papan pemotong dengan betul
Menurut halaman Rasa, setelah menggunakan papan pemotong, pastikan membasuh dan mencucinya dengan betul sejurus sahaja menggunakannya. Bersihkan dengan air panas ataupun air bersih bersama sabun, bilas dan keringkan.
4. Selalu menukar papan pemotong
Elakkan papan pemotong daripada menjadi hitam dan haus. Jika perkara ini berlaku, ini menunjukkan bahawa papan pemotong anda telah sampai tempoh luput dan perlu diganti. Sebaiknya selalu menggantikan papan pemotong kerana bakteria mudah merebak melalui papan pemotong.
Jadi untuk menjaga kebersihan makanan anda, pastikan penjagaan papan pemotong adalah perkara paling utama yang perlu dititikberatkan.
Sumber: Rasa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.