Sering sekali orang akan beli telekung baru bila nampak kekuningan di telekung. Dah basuh banyak kali pun masih nampak kekuningan tu, patutlah ramai akan beli yang baru sahaja.
Tapi jangan risau, ini ada beberapa tips nak hilangkan kesan kekuningan di telekung, dan buatkan telekung putih kelihatan bersih dan kekal baru.
#1 Keringkan wajah sebelum pakai telekung
Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.
#2 Rendam telekung dengan air rebusan lemon
Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.
#3 Cuci dengan baking soda
Baking soda boleh digunakan nutum membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.
#4 Tambahkan cuka ketika cuci
Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Sumber: Suara
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.