Rutin kecantikan wajah muka memang perkara yang semua orang menitik beratkan. Siapa yang tak mengidamkan kulit muka yang licin, bersih dan flawless. Dengan adanya wajah yang cantik dan bersih, keyakinan diri anda akan meningkat. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang melabur banyak duit untuk penjagaan wajah muka.
Semua orang ada jenis kulit muka yang berlainan, ada yang kulit muka kering, berminyak ataupun kulit muka yang kombinasi. Tak salah nak mencuba produk baru tetapi jika selalu bertukar-tukar ni boleh rosakkan kulit muka anda. Jadi ikut tips ini supaya anda dapat kulit wajah muka yang diidamkan.
- Jangan terus bertukar produk
Tidak digalakkan untuk anda bertukar terus produk. Gabungan produk yang lama dan produk yang baru boleh merosakkan kulit muka anda, lalu anda akan cuba produk lain. Anda tidak akan mendapat result yang diidamkan.
- Berhenti menggunakan produk lama dalam 7 sehingga 14 hari
Ambil masa untuk kulit anda untuk bernafas. Tapi anda boleh memakai pelembap muka secara halus supaya kulit anda tidak menjadi kering.
- Biar kulit muka anda neutral selama 7 hari.
Membiarkan wajah muka anda bebas dari sebarang produk. Ini untuk menyediakan kulit muka anda untuk menerima produk baru dengan lebih baik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.