Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Labuh Depan Belakang..” – Tya Adnan Cipta Pakaian Sukan Patuh Syariah Untuk Wanita Aktif

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Jul 2025, 11:23 AM

“labuh depan belakang..” – tya adnan cipta pakaian sukan patuh syariah untuk wanita aktifFoto: Tangkap layar Instagram

Isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya, iaitu Tya Adnan, sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan inisiatif baharu menerusi penghasilan pakaian sukan khas untuk wanita Muslimah yang menekankan aspek keselesaan, kesopanan dan patuh syariah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tya dilihat aktif bermain sukan pickleball sambil mengenakan pakaian sukan yang direka khusus bagi memenuhi keperluan wanita yang ingin kekal aktif tanpa mengabaikan tuntutan menutup aurat. Rekaan yang diberi nama Covya Hoodie itu menampilkan potongan oversized dan labuh di bahagian depan serta belakang, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang aktif bersukan.

Dalam hantaran tersebut, Tya menekankan bahawa menjadi wanita aktif tidak semestinya perlu memakai pakaian ketat.

 

 

“Tak semestinya aktif nak kena tight. Pickleball? Checked. Modesty? Double checked,” tulis kapsyen berkenaan.

“Dengan Covya Hoodie, tak perlu risau terangkat sana sini. Oversized, labuh depan belakang, sesuai untuk active girl macam you.”

Rekaan ini dilihat sebagai usaha proaktif untuk mengisi kekosongan dalam pasaran pakaian sukan Muslimah yang sering kali terhad dari segi pilihan dan rekaan yang benar-benar menepati ciri kesopanan.

Rata-rata netizen menyambut baik usaha Tya dan memuji pendekatan yang diambilnya. Ramai yang menyatakan sokongan terhadap penghasilan pakaian sukan yang tidak hanya selesa dan bergaya, tetapi juga menjaga aurat seperti yang dituntut dalam Islam.

Beberapa pengguna media sosial turut menyifatkan inisiatif ini sebagai satu inspirasi buat kaum wanita, khususnya golongan muda, untuk terus istiqamah dalam menutup aurat meskipun ketika melakukan aktiviti lasak dan bersukan.

Langkah Tya Adnan ini dilihat bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan fesyen sukan Muslimah, malah turut menyebarkan mesej positif bahawa menjaga aurat bukanlah penghalang untuk menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us