Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 70 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,726 kes setakat 11 Mei 2020.
Daripada 70 kes, 31 adalah daripada bukan warganegara Malaysia, 13 merupakan kes import dan selebih 57 kes lagi adalah penularan tempatan. 1,504 kes merupakan kes aktif, 20 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU dan 7 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dukcita memaklumkan terdapat satu (1) kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia meningkat kepada 109 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 88 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 5,113. Syabas KKM!
Dalam perkembangan lain, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.