Pakar terapi, David Reavy, telah berkongsikan amalan otot masseter yang dikatakan mampu mencegah sakit kepala daripada berulang.
Menurut David, sakit kepala selalu berpunca daripada kesan otot masseter yang menegang.
Otot masseter merupakan otot tebal yang menghubungkan tulang pipi dan juga rahang yang cukup penting untuk mengunyah. Ada juga antara kita yang stres akan mengetap rahang yang mana menyebabkan otot ini menjadi tegang.
Cara untuk melakukan urutan otot masseter adalah dengan meletakkan hujung jari pada tepi pipi seterusnya buka dan tutup mulut. Ulang langkah ini sehingga otot pada bahagian tersebut berasa tidak tegang lagi.
Sumber: Prevention.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.