Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew merupakan ikon yang dikenali ramai dengan sifatnya sentiasa membantu orang yang memerlukan tabpa mengira agama dan bangsa. Usaha beliau sering sekali mendapat pujian orang ramai.

Terkini, Ustaz Ebit memperkenalkan sistem foodbank di kedai serbanekanya di Elewsmart. Tujuan foodbank ini ditubuhkan adalah untuk memberi barangan keperluan asas kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya tanpa bayaran.
Menerusi video tersebut, Ebit menunjukkan almari foodbank yang mengandungi pelbagai barangan asas keperluan. Barangan tersebut merupakan beras, gula, tepung, dan mi segera, dan akan ditambah setiap hari mengikut keperluan.
Beliau turut mengakui bahawa dia sendiri mengalami hidup susah dan pernah mengikat perut demi menyara keluarganya dan itu menjadi sebab utama dia ingin membantu orang di luar sana. Sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan barangan asas keperluan juga turut digalakkan.



Setakat ini, foodbank tersebut ditambah dengan barang keperluan oleh orang ramai.
Sumber: Ebit Lew & Elews Mart
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.