Pendakwah, Ustaz Ebit meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Palestin dengan menziarah beberapa orang remaja yang kehilangan kaki akibat dibom tentera Israel.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit tidak dapat menahan sebak apabila melihat senyuman anak-anak tersebut biarpun diuji dengan kediaman mereka musnah.
“Sebak sayu selepas melihat tempat kena bom. Saya ziarah dan bawa hadiah dan bantu belikan kerusi roda untuk anak yang hilang kaki atau hilang upaya di Hospital A'mal Khan Younis Gaza di bawah Palestin Red Crescent,” katanya.
Malah, Ustaz Ebit turut beramah mesra dan menyantuni mereka dengan memberikan sumbangan wang, permainan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan.
“Semua merayu kita bantu mereka. Mereka ini semua susah miskin. Dibom pula. Adik ni semua sentiasa tersenyum,” ujarnya lagi.
Biarpun jadualnya agak padat, pendakwah itu tetap akan menghulurkan bantuan di segenap bumi Palestin walaupun hampir dibom tiga kali ketika di sana.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.