Tak boleh dinafikan, dalam apa jua kesusahan, tidak kira bencana alam, kewangan ataupun kemalangan sekalipun, Ustaz Ebit Lew akan cuba sedaya upayanya untuk membantu mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, disebabkan masalah kekurangan peranti gajet dan komputer untuk pembelajaran atas talian, dengan pantasnya Ustaz Ebit Lew cuba menyelesaikan masalah itu dengan menyumbangkan sebahagian tablet.
Perkara itu dikongsi oleh Ebit Lew menerusi satu hantaran di Instagram.
“Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan.
“Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyambut usaha Ustaz Ebit Lew tersebut dengan begitu baik dan menitipkan doa buat beliau.
Menurut sebahagian komen warga maya, sumbangan tablet itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa untuk membeli kelengkapan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada zaman COVID ini.
Malah ramai yang mengatakan sumbangan tersebut adalah satu rahmat buat pelajar yang kurant berkemampuan.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.