Pendakwah, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa rindu kepada keluarganya setelah hampir dua bulan berpisah selepas menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Palestin.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit berkongsi dia akan menamatkan tempoh kuarantin wajib dalam dua hari dengan ujian calitan (swab test) keputusan negatif sebelum dibenarkan pulang.
“Doakan ya. 55 hari berjauhan dengan keluarga. Hari ke 12 di kuarantin. Lagi 2 hari. Ujian calitan syukur negatif. Ujian kali ke 3, pertama sebelum terbang balik, kedua sampai KLIA, ketiga hari ke 10. Semuanya negatif.
“Rindunya pada keluarga. Rindu pada bapa. Rindu sangat pada bidadari. Rindu teramat pada anak-anak. Rindu sehingga terpaksa sorok air mata dan sebak masa video call keluarga,” katanya.
Pendakwah ini juga mengakui mahu meneruskan untuk berbakti kepada masyarakat yang sedang mengalami situasi sukar ketika ini.
“Setiap hari mendengar berita hati rasa resah. Tak sabar nak bantu. Sebahagian bantuan sedang berjalan oleh team di seluruh Malaysia,” ujarnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.