Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ustaz Wadi Annuar Tegur Sikap Suka Dedah Aib Orang Lain, Ingatkan Soal Pengakhiran Hidup Tak Siapa Tahu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 Jan 2026, 10:20 AM

ustaz wadi annuar tegur sikap suka dedah aib orang lain, ingatkan soal pengakhiran hidup tak siapa tahuFoto: Facebook

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil mengingatkan umat Islam supaya tidak membiasakan diri membuka, apatah lagi menyebarkan aib serta keburukan orang lain kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai akhlak seorang Muslim.

Menerusi satu perkongsian di platform TikTok, beliau menegaskan sikap gemar menilai, menghakimi dan mencari kesalahan orang lain bukanlah cerminan iman yang sebenar, malah boleh mengundang dosa tanpa disedari.

“Jangan terlalu sibuk nak tunjuk orang lain jahat atau niatnya tak betul. Jangan cepat melabel orang sebagai ahli neraka dan jangan seronok membuka aib serta kesalahan mereka.

“Jangan sibuk mengira dosa orang lain, sebaliknya sibukkan diri dengan taubat kita sendiri kepada Allah,” katanya.

Menurut Ustaz Wadi, manusia sering terlupa bahawa setiap individu sedang melalui ujian hidup yang berbeza dan hanya Allah yang mengetahui keadaan sebenar hati serta perjuangan seseorang.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Oleh itu, perbuatan menghukum orang lain berdasarkan apa yang dilihat di luar hanyalah sangkaan yang boleh membawa kepada fitnah.

Beliau turut mengingatkan agar setiap Muslim memberi fokus untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri kerana hakikatnya tiada siapa yang mengetahui bagaimana pengakhiran hidup masing-masing.

Jelasnya, Allah tidak menilai seseorang berdasarkan sejarah silam atau kesalahan lalu, sebaliknya pengakhiran kehidupan seseorang itulah yang akan menjadi penentu.

“Kita sendiri pun tak tahu bagaimana perjalanan hidup kita dan ke mana arah roh kita nanti, ‘ending’ macam mana pun kita tak pasti.

“Ada kalanya seseorang diberikan pengakhiran yang baik kerana Allah sayang kepadanya,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung menjadi peringatan agar umat Islam sentiasa menjaga adab, memperbanyakkan muhasabah diri serta mengelakkan diri daripada sikap suka membuka aib yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia dan mengundang kemurkaan Allah.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us