Selepas lebih 30 tahun berkhidmat, seorang pegawai polis dari Massachusetts tidak menyangka menerima panggilan dari seseorang yang tidak disangka.
Duane Ledoux membuat panggilan buat kali terakhir pada 25 Jukai lalu dengan kod 5, iaitu kod yang digunakan untuk membuat laporan tamat tugasan. Perbualan pegawai polis ini juga disiarkan secara Facebook Live.
“Selepas 31 tahun berkhidmat kepada bandar Southbridge, Pegawai Duane Ledoux 1041 secara rasminya telah bersara dan memberikan kod 5 untuk kali terakhir”, katanya menerusi walkie talkie.
Namun tidak sangka, dihujung perbualan Ledoux, ada suara anaknya yang mendengar dan membalas;
“Saya amat berbangga mengumumkan hari ini, selepas 32 tahun setengah perkhidmatan bapa saya, seorang Pegawai Polis Di Southbridge, telah bersara dan memberikan kod 5”, kata Nate Ledoux yang membuat kejutan kepada bapanya.
Nate Ledoux telah kembali pulang selepas tidak lama pulang dan berada jauh dari bapanya di Southbridge.
Sumber: KMBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.