Setiap hari kita memulakan hari kita dengan menunaikan solat subuh, kita tahu akan waktu afdhal untuk berdoa dan menunaikan solat sunat. Tapi tidak pula tahu ada waktu afdhal untuk menunaikan solat subuh. Apa itu waktu ghalas dan isfar?
Ghalas merupakan waktu yang bercampurnya cahaya waktu Subuh dengan kegelapan malam. Dan Isfar pula adalah waktu yang terang sedikit ataupun jelas bahawa telah masuknya waktu fajar. Isfar akan datang selepas waktu ghalas.
Daripada Rafi’ bin Khadij RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَسْفِرُوا بِالفَجْرِ، فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِلأَجْرِ
Maksudnya: “Lewatkanlah solat Fajar (Subuh) sehingga keluar cahaya kuning kerana padanya ganjaran yang besar.”
Riwayat al-Tirmizi (154)
[Imam al-Tarmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الصُّبْحَ بِغَلَسٍ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat Subuh ketika waktu masih gelap.”
Riwayat al-Bukhari (947)
Daripada Aisyah RA berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ بِغَلَسٍ، فَيَنْصَرِفْنَ نِسَاءُ المُؤْمِنِينَ لاَ يُعْرَفْنَ مِنَ الغَلَسِ أَوْ لاَ يَعْرِفُ بَعْضُهُنَّ بَعْضًا
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat Subuh ketika waktu masih gelap sehingga kaum wanita daripada kalangan orang yang beriman beredar dalam keadaan tidak ada yang mengenalinya atau sebahagian mereka tidak mengetahui sebahagian yang lain.”
Riwayat al-Bukhari (873)
Menurut Pejabat Mufti Wilayah, soal waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat Subuh adalah untuk ditunaikan pada awal waktunya. Walaupun ada hadis yang berkaitan dengan al-Isfar, kemungkinan Nabi SAW menganjurkan untuk dipanjangkan bacaan di dalam solat Subuh sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Thahawi dan berkemungkinan juga Nabi SAW ingin mengajar dan memberitahu akan keluasannya.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.