Trending Da’i Luqman Terkilan Dengan Jawapan Wani Editor 30 Jul 2018, 11:05 AM Share Tweet Seperti semua orang tahu, Wani baru sahaja tampil denan single terbarunya yang berjudul Pendusta Cinta. Kalau anda tengok dalam muzik video lagu tersebut, Wani tampil agak berbeza apabila dia turut menari di dalam video tersebut.Tapi tarian ani tak lah keterlaluan dan lincah. Masih dalam kategori sopan dan sangat sesuai dengan imej Wani sebagai seorang penyanyi bertudung. Tapi, dalam sesopan Wani tetap ada orang yang yang tak suka.Da’I Luqman telah menjawab balas akan kenyataan Wani yang mengatakan lagu tersebut akan jadi kosong kalau dia hanya duduk sahaja. Alhamdulillah, terima kasih @wanimusic kerana menerima teguran chaq dengan hati yang terbuka. Teguran bukan untuk menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang penyanyi, namun teguran itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan martabat seorang wanita Islam __ Namun, chaq agak tidak bersetuju dengan komen adik Wani berkaitan, "Kalau diam saja (tanpa menari) mesti bosan" tersebut. Bayangkan dik, kalau hal berkaitan suara dan aurat seorang wanita sudah wujudnya khilaf 'ulama, sehinggakan ada sebahagian 'ulama yang berpendapat Haram bagi seorang wanita untuk melunakkan suara di hadapan seorang lelaki ajnabi. Inikan pula menari di hadapan khalayak ramai? Tambahan pula anda seorang Muslimah bertudung, bukankah itu akan mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung lainnya? __ Mungkin tarian itu tidaklah serancak tarian2 lain yg ada di luar sana. Namun bayangkan, video anda disaksikan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah atau tadika. Dan tidak mustahil suatu masa nanti mereka ini jugak akan meniru-niru tarian adik di sekolah-sekolah. Adakah budaya sebegini yang ingin kita terapkan di kalangan generasi yang akan datang? __ Contohi penyanyi2 wanita bertudung yang lain. Mereka berdiri atas sekadar bakat nyanyian, tanpa sebarang langkah tarian mengasyikkan __ Kembalilah seperti Wani yang dulu __ 🎵🎶Ku bersyukur Alhamdulillah🎶🎵 🎵🎶Ku beruntung Alhamdulillah🎶🎵 🎵🎶Wajburni Alhamdulillah 🎶🎵 🎵🎶Selama-lamanya🎶🎵 __ Semoga bermanfaat __ P/s : Jazakumullahu Khairan Kathira buat pihak @hmetromy kerana peka akan hal ini. Semoga menjadi saham pahala buat kita bersamaA post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on Jul 26, 2018 at 5:01am PDTSumber: Instagram Da’I Luqman Share Tweet Filled Under : *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.