Seorang penuntut di Yale University, Bayan Galal melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama yang memegang jawatan sebagai presiden mahasiswa.
Bayan Galal menyertai pilihan raya kampus dan mendapat 56 peratus undian sebelum dinobatkan sebagai Presiden Majlis Kolej Yale.
Lebih 320 tahun, Galal menjadi wanita Muslim pertana yang bertanggungjawab bagi jawatan itu dan dia berjanji mahu menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.
Yale University adalah sebuah universiti yang mempunyai pendidikan tinggi tertua di Amerika Syarikat.
Penuntut tersebut menekankan lima prinsip utama kesihatan di dalam kempen iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan komuniti, kesihatan akademi dan kesihatan kewangan.
Kini, Galal sudah bersedia memegang tampuk kepimpinan di kampusnya dan mahu menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah kepada para pelajar yang lain.
Sumber: The National
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.