Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) tidak memiliki hospital swasta yang tular kerana didakwa menyimpan mayat bayi selama 16 hari dipercayai disebabkan bapanya tidak dapat menuntut ekoran kesempitan wang.
Menurut jurucakap KMI Healthcare, anak syarikat Kumpulan TDM Berhad tersebut masih belum memiliki dan mengendalikan operasi hospital swasta tersebut ekoran proses pengambilalihan yang masih belum selesai.
“Walaupun Perjanjian Jual Beli Saham telah ditandatangani pada 23 Oktober 2023, namun ia masih belum dimuktamadkan kerana beberapa duluan syarat belum dipenuhi.
“Sehingga transaksi (pengambilalihan) selesai, KMI Healthcare tidak mempunyai hak milik atau tanggungjawab terhadap hospital itu,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya menegaskan syarikatnya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang isu operasi atau lain-lain berkaitan hospital swasta tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.