World #QuranHour tahun ini tetap berlangsung walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, gerakan membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seleuruh dunia.
Tahun ini, World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital.
Pelbagai media massa dan digital bergabung bagi menjayakan World #QuranHour yang masuk tahun keenam ini.
Terdahulu, World #QuranHour berjaya raih 21 juta tontonan pada 2015, 87 juta tontonan pada 2016, 357 juta tontonan pada 2017 di 2,000 lokasi di 15 negara, 646 juta pada 2019, sebelum pandemik berlaku dan 10 juta tontonan pada 2020.
Tahun ini, 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021 dipilih dengan tema ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup bagi mengekang wabak COVID-19.
Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan menjadi surah pilihan bagi World #QuranHour kali ini.
Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan jawapan, dan sesuai dijadikan panduan dalam mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan dunia.
Orang ramai dijemput untuk menyertai atau menganjurkan World #QuranHour di lokasi masing-masing termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.