Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia memperkenalkan pusat sehenti tuntung dikenali Kontena Tuntung di Kampung Mangkuk, Setiu sebagai langkah melindungi hidupan itu.
Kontena Tuntung merupakan kontena pertama di negara ini bagi memulihara haiwan terancam di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Sophia Lim berkata, kontena itu berfungsi menjadi tempat rujukan pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan haiwan unik tersebut.
Menurutnya, bangunan kontena itu akan beroperasi secara rasmi pada awal tahun depan.
“Terdapat pusat penetasan dan galeri yang mengumpulkan maklumat berkaitan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan tuntung laut dan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) bagi kegunaan komuniti tempatan serta orang awam.
“Pelbagai aktiviti termasuk kajian penyelidikan telah dirancang bagi membangunkan data asas tuntung laut untuk kegunaan rujukan pada masa akan datang, oleh itu kita harap semua pihak dapat menyokong usaha memulihara spesis ini bagi menjamin ekosistem yang seimbang,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.