Pelakon, Zara Zya, baru-baru ini telah berkongsi video mengenakan hijab ketika berada di sebuah pusat membeli belah.
Tindakan pelakon itu telah mengundang persoalan ramai khasnya peminat sama ada beliau sudah pun bertudung sepenuhnya.
❤️
A post shared by ZaraZya (@zarazya) on
Namun menurut Zara, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan belum tiba masanya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menerusi kapsyen Zara di Instagram, beliau memberitahu seolah-olah sudah berhijrah.
"Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang," katanya.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pelakon ini terus istiqomah seandainya beliau memang sudah berhijab.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.