Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Tiada Siapa Lagi Akan Doakan Saya…” - Ziana Zain Syukur Sempat Berbakti Hingga Akhir Hayat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Aug 2025, 12:22 PM

“tiada siapa lagi akan doakan saya…” - ziana zain syukur sempat berbakti hingga akhir hayatFoto: Instagram

Penyanyi terkenal, Ziana Zain meluahkan rasa pilu atas pemergian bapanya, Zain Abdullah, yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam hidup.

Menurut Ziana, pemergian arwah bapa bukan sekadar perpisahan fizikal, tetapi turut membawa pergi satu doa yang selama ini menjadi kekuatan dalam kehidupannya.

"Sudah tentu saya rasa sedih, siapa tak sedih kalau kehilangan orang yang kita sayang. Tapi saya cuba tetapkan dalam fikiran bahawa ini akan terjadi juga, sebab doktor pun dah maklumkan keadaan.

"Memang waktu di kubur kita menangis, tapi selepas itu kita tak tahu apa lagi akan berlaku dalam seminggu atau dua minggu yang akan datang," katanya.

Ziana juga berkongsi perasaan rindu terhadap kehadiran seorang bapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

"Doa seorang ayah itu sangat besar. Sekarang dah tak ada siapa lagi yang akan mendoakan saya sebagai seorang bapa. Tinggal ibu sahaja. Kita memang nak dua-dua ibu bapa ada, tapi sekarang salah seorang dah tiada... itu yang buat saya rasa kehilangan sangat besar."

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Madah Berhelah itu tetap bersyukur kerana beliau dan adik-beradiknya sempat menjaga Allahyarham sehingga ke saat-saat terakhir.

"Bapa adalah tempat perlindungan, rasa selamat. Walaupun dia hanya terbaring, saya tahu tak ada siapa berani buat macam-macam sebab saya masih ada ayah. Tapi sekarang Allah dah ambil balik hak Dia. Saya perlu kuat, sebab masih ada ibu, adik-beradik dan anak-anak yang perlukan saya.

"Kami sekeluarga sangat rapat, sejak dulu hingga ke akhir hayat ayah, kami semua bersatu. Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat menjaga ayah bersama adik-beradik dalam satu rumah sebelum dia pergi," tambahnya lagi.

Terdahulu, Allahyarham Zain Abdullah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Subang Permai, Selangor sekitar jam 2.50 petang.

Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam pada jam 7.00 malam.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us