Foto: Instagram
Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana meluahkan kerinduan yang mendalam terhadap keluarganya sepanjang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin. Menurutnya, dia memilih untuk jarang melakukan panggilan video bersama keluarga kerana tidak sanggup melihat air mata mereka.
“Sepanjang pelayaran ni saya jarang VC dengan family, saya tak nak dorang sedih sebab setiap kali VC dorang nangis. Saya pulak tak boleh tahan kalau macam tu. Terutama kalau Mak saya nangis! Luluh la jiwa pahlawan saya,” tulisnya di Threads.
Walaupun dihimpit rasa rindu, Zizi tetap bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga yang sentiasa mendoakan keselamatannya. Baginya, pengalaman ini mengajarnya untuk lebih menghargai nikmat memiliki keluarga, terutama apabila membandingkan nasib penduduk Gaza yang ramai kehilangan insan tersayang.
“Alhamdulillah Allah jaga kami semua di sini.. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan family. Berbanding di Gaza, ramai yang dah takde family,” katanya penuh sebak.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu turut menyeru orang ramai agar tidak pernah berhenti mendoakan Palestin serta membantu menyebarkan maklumat mengenai misi kemanusiaan yang sedang dilaksanakan.
“So korang jangan berhenti doa dan sebarkan tentang misi ini okay! Kita kena sama-sama kuat demi saudara kita di Palestine. InsyaAllah,” tambahnya.
Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi dan pasukan sukarelawan lain telah memulakan kembali pelayaran dari Tunisia menuju Gaza pada Isnin lalu. Perjalanan itu dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 hari sebelum tiba di destinasi.
Sumber: Threads
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.