← Back to list
Terbuka Hylo: Man Wei Chong-Tee Kai Wun wakil tunggal ke separuh akhir!
Nov 01, 2025
Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Hylo di Jerman diteruskan hari ini.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil tunggal negara pada peringkat separuh akhir selepas kalahkan wakil Indonesia dengan straight set.
Ini selepas tiga lagi wakil negara tersingkir pada aksi suku akhir termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Wei Chong-Kai Wun akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia hari ini dalam usaha memburu gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Indonesia dan Malaysia.
Saksikan Terbuka Hylo secara langsung bermula 9 malam ini di Astro Badminton, saluran 815 dan aplikasi Sooka!
__
Beralih ke bola sepak, JDT belasah tuan rumah, Terengganu 5-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Bergson Da Silva dan Romel Morales masing-masing jaringkan gol sebelum Jairo Da Silva jaringkan hatrik biarpun dimasukkan sebagai pemain gantian.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terus mengungguli kedudukan liga dengan 27 mata selepas sembilan perlawanan.
__
Dan, FIFA masih belum mengeluarkan pengesahan rasmi keputusan rayuan FAM berkenaan isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Menurut Stadium Astro, ia dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi