← Back to list
Enzo Maresca letak jawatan
Jan 02, 2026
Hasrat Liverpool untuk mulakan tahun 2026 dengan kemenangan tidak kesampaian.
Ini selepas The Reds terikat tanpa jaringan dengan Leeds pada aksi EPL.
Keputusan itu menyaksikan kali pertama Liverpool seri tanpa jaringan di bawah kendalian Arne Slot.
Aksi lain berkesudahan Crystal Palace seri 1 sama dengan Fulham, Brentford terikat tanpa jaringan dengan Tottenham, dan Manchester City juga seri tanpa jaringan dengan Sunderland.
.....
Enzo Maresca letak jawatan sebagai ketua jurulatih Chelsea selepas 18 bulan mengendalikan skuad The Blues.
Ini ekoran prestasi hambar pasukan itu susulan hanya catat satu kemenangan daripada 7 perlawanan terakhir liga.
Chelsea kini di kedudukan kelima EPL, ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Arsenal.
.....
Melaka FC sedang menilai 3 jurulatih tempatan untuk menggantikan Datuk K. Devan sebagai ketua jurulatih baharu.
Bagaimanapun pihak pengurusan berkata tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan keputusan akhir akan ditentukan oleh presidennya.
Sebelum ini tular khabar angin di media sosial mengenai seorang jurulatih popular di negara ini yang dikatakan bakal menggantikan Devan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi