← Back to list
Tang Jie-Ee Wei kini menghuni ranking ketiga dunia!
Sep 02, 2025
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga ranking dunia menerusi kemas kini terbaharu BWF.
Ia susulan kejayaan beregu campuran utama negara itu selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris.
Tang Jie-Ee Wei menamatkan penantian negara untuk emas acara beregu campuran sejak kejohanan diperkenalkan pada 1977.
__
Dalam pada itu, BAM berjanji akan memberikan ganjaran setimpal kepada Tang Jie-Toh Ee Wei dan Pearly-Thinaah dalam masa terdekat.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan sahkan kedua-dua pasangan itu menerima insentif menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan.
Sebanyak RM20,000 akan diberikan kepada Tang Jie-Ee Wei selaku juara dunia manakala Pearly-Thinaah bakal menerima RM10,000.
__
Dan, dua lagi pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam liga di luar negara dijangka akan sertai kem latihan pusat hari ini.
Mereka ialah pemain Sepanyol, Gabriel Palmero dan Rodrigo Holgado dari Colombia.
Semalam, lima pemain sudah memulakan latihan termasuk Richard Chin dan Sergio Aguero menjelang aksi persahabatan tier 1 berdepan Singapura, Khamis ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi