← Back to list
Peter Cklamovski tuntuk Harimau Malaya kekalkan konsistensi berdepan Singapura
Sep 04, 2025
Peter Cklamovski enggan skuad Harimau Malaya terlalu selesa menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Singapura, malam ini.
Pengendali kebangsaan itu akui anak buahnya berada di landasan positif namun skuad negara perlu kerja keras bagi memastikan konsistensi pasukan.
Untuk rekod, skuad Harimau Malaya menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan, termasuk kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam sebelum ini.
__
Sementara itu, FAM lancar lagu ‘Demi Lencana Di Dada’ nyanyian kumpulan, Hujan.
Lagu rasmi skuad Harimau Malaya itu akan diperdengarkan buat kali pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil sempena aksi persahabatan antara Malaysia dan Singapura, malam ini.
Ikuti perlawanan itu secara langsung bermula 8 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Kedah Darul Aman terus dihimpit dengan tuntutan tunggakan gaji apabila bekas pemain pertahanannya musim lalu, Irfan Zakaria memfailkan tuntutan lebih RM400,000.
Terdahulu, skuad Sang Kenari diperintah membayar lebih RM350,000 kepada bekas pemain importnya, Sony Norde berikutan tunggakan gaji serta yuran pendaftaran.
__
Dan, Andre Onana dijangka meninggalkan Manchester United minggu depan.
Ia susulan penjaga gol itu dilapor menjadi sasaran kelab Turki, Trabzonspor yang sedang menyediakan bidaan untuk menandatanganinya secara pinjaman.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi