← Back to list
Lee Zii Jia tarik diri Masters Jepun
Nov 04, 2025
Lee Zii Jia sah tarik diri daripada kejohanan badminton Masters Jepun yang akan bermula minggu depan susulan masih belum pulih sepenuhnya.
Kali terakhir Zii Jia beraksi adalah pada Masters China, September lalu namun terpaksa menarik diri pada pusingan pertama ekoran alami kecederaan.
Ia sekali gus menyaksikan Zii Jia terlepas jelajah di Finland, Denmark, Perancis dan Terbuka Hylo, sebelum ini.
__
Beralih ke bola sepak, AFC memaklumkan buat masa ini pihaknya tidak boleh campur tangan dalam kes FIFA menolak rayuan FAM.
Setiausaha Agungnya menegaskan segala tindakan lanjut hanya akan dilakukan jika FAM mengemukakan kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.
__
Dan, Arsenal berpeluang menyamai rekod 122 tahun JIKA berjaya catat kemenangan tanpa bolos pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Slavia Prague, awal pagi esok.
Kali terakhir The Gunners memenangi lapan kemenangan tanpa bolos berturut-turut adalah pada tahun 1903.
Untuk rekod, skuad kendalian Mikel Arteta kini meraih tujuh kemenangan tanpa bolos berturut-turut setakat ini.
Saksikan perlawanan itu secara langsung bermula 1:40 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi