← Back to list
Selangor Mara Ke Semi Kejuaraan Kelab Asean
Feb 05, 2026
Selangor melebarkan rekod tanpa kalahnya di bawah kendalian Kim Pan Gon kepada 7 perlawanan.
Ini selepas skuad The Red Giants seri 1-1 dengan kelab Thailand, BG Pathum United pada aksi terakhir kumpulan A, Kejuaraan Kelab ASEAN malam tadi.
Faisal Halim menjaringkan satu gol untuk Selangor sekali gus bantu pasukannya menamatkan saingan Kumpulan A sebagai naib juara.
Sementara itu, Buriram United muncul juara kumpulan selepas belasah Cebu FC 6-0.
.....
Skuad badminton lelaki negara akan berdepan Indonesia pada aksi terakhir kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia hari ini untuk penentuan juara Kumpulan D.
Semalam mereka catat kemenangan selesa pada aksi pembukaan kejohanan itu selepas tewaskan Myanmar 5-0.
.....
Manchester City sah berdepan Arsenal pada aksi final Piala EFL.
Ini selepas anak buah Pep Guardiola itu benam Newcastle 3-1 pada aksi separuh akhir ke-2 awal pagi tadi untuk mara dengan agregat 5-1.
Kali terakhir skuad The Citizens berdepan The Gunners pada final Piala EFL ialah pada edisi 2018.
.....
Akhir sekali, Cristiano Ronaldo dikatakan mungkin pertimbang untuk meninggalkan Al-Nassr pada Jun ini.
Sumber memberitahu, bintang bola sepak itu berkemungkinan kembali ke kelab pertamanya, Sporting Lisbon.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi