← Back to list
Trent Alexander-Arnold sah akan tinggalkan Liverpool
May 05, 2025
Skuad takraw negara tekad untuk menamatkan 34 tahun kejuaraan Thailand dalam acara regu berpasukan menjelang kejohanan Piala Asia 2025, Sabtu ini.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia berkata persiapan sudah diatur sebaik mungkin demi merealisasikan misi berkenaan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mengatasi Gajah Perang ialah pada Sukan SEA Manila 1991.
__
Harry Maguire sah akan beraksi bersama Manchester United pada aksi persahabatan berdepan pasukan ASEAN All Stars, hujung bulan ini.
Ia disahkan sendiri oleh bintang The Red Devils itu menerusi perkongsian video penganjur jualan tiket yang mempromosikan perlawanan berkenaan.
Harry turut mengajak semua peminatnya untuk turut sama hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
__
Nottingham Forest buru tiga mata penuh apabila berdepan Crystal Palace pada aksi EPL, awal pagi esok!
Ia bagi mencerahkan peluang mereka untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik sekali gus merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara.
Forest kini menghuni tangga keenam dengan 60 mata hanya tiga mata dibelakang Newcastle dan Chelsea.
Ikuti aksi antara Palace dan Forest secara langsung di Astro, saluran 811 bermula 3 pagi nanti!
__
Dan, bintang Liverpool, Trent Alexander Arnold dilapor akan meninggalkan pasukan hujung musim ini susulan tamat kontrak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi