← Back to list
The Reds Pertama Kali Beraksi Di Anfield Selepas Kematian Diogo Jota
Aug 05, 2025
Liverpool kalahkan Atheltic Bilbao 4-1 dan 3-2 dalam 2 aksi persahabatan di Anfield.
Ini merupakan kali pertama The Reds beraksi di Anfield sejak kematian Diogo Jota bulan lalu.
Perlawanan turut dihentikan seketika pada minit ke-20 untuk beri penghormatan kepada Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Untuk rekod, Liverpool akan berdepan Crystal Palace pada aksi Perisai Komuniti Ahad ini sebelum mulakan kempen EPL berdepan Bournemouth pada 16 Ogos.
.....
Marcus Rashford menjaringkan gol pertamanya bersama Barcelona ketika mereka benam Daegu FC 5-0 pada aksi pramusim di Korea Selatan.
Bintang muda, Gavi jaringkan 2 gol untuk Barca manakala Robert Lewandowski dan Toni Fernandez masing-masing jaringkan 1 gol.
.....
Son Heung min dijangka menyertai Los Angeles FC dengan nilai sekitar 20 juta pound selepas mengumumkan perpisahan dari Tottenham.
Pemain kelahiran Korea Selatan itu mengumumkan akan meninggalkan Spurs selepas 10 tahun beraksi bersama kelab itu.
.....
Akhir sekali beralih ke bola sepak tempatan, Sabah FC berhasrat untuk kekal di kelompok lima teratas Liga Super musim ini.
Pihaknya berkata demikian selepas mempertahankan pencapaian di tangga ketiga selama tiga musim berturut-turut.
Tambahnya, sasaran itu adalah realistik berdasarkan pencapaian dan kekuatan semasa pasukan untuk menghadapi cabaran musim baharu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi