← Back to list
Forest Terlepas Peluang Berada Dalam Kelompok 5 Teratas EPL
May 06, 2025
Nottingham Forest seri 1 sama dengan Crystal Palace pada aksi tunggal EPL pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Forest terlepas peluang berada dalam kelompok lima teratas untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Berbaki tiga lagi perlawanan, Forest kekal di tempat keenam, dua mata di belakang Newcastle dan Chelsea, masing-masing di tangga ke-4 dan ke-5.
Untuk rekod, hanya lima pasukan teratas EPL akan layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
.....
Penyerang PSG, Ousmane Dembele kembali menjalani latihan menjelang aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara berdepan Arsenal, Khamis ini.
Ini selepas pemain Perancis itu dilaporkan pulih daripada kecederaan otot yang dialaminya ketika aksi pertama menentang The Gunners.
.....
Manchester United menetapkan harga 65 juta paun kepada Chelsea jika mahu mendapatkan pemain sayap, Alejandro Garnacho pada musim panas ini.
.....
Akhir sekali beralih ke bola sepak tempatan, Terengganu nafi pihaknya tidak membayar gaji pemain import, Ivan Mamut selama sembilan bulan.
Pihaknya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sebarkan kenyataan palsu itu termasuk di media sosial.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi