← Back to list
Alejandro Garnacho Penyelamat The Blues
Nov 06, 2025
Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2 sama dengan Qarabaq pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Alejandro Garnacho muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan untuk membolehkan The Blues raih 1 mata berharga.
Antara keputusan lain,
Manchester City benam Borussia Dortmund 4-1,
Barcelona seri 3 sama dengan Club Brugge,
Dan, Newcastle kalahkan Athletic Bilbao 2-0.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, JDT tewaskan Shanghai Shenhua 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Jonathan Silva menjaringkan dua gol manakala Oscar Arribas meledak 1 gol untuk pastikan skuad Harimau Selatan raih 3 mata penuh di laman sendiri.
.....
Dalam pada itu, Christophe Gamel tuntut Selangor pamer aksi terbaik ketika berdepan kelab Indonesia, Persib Bandung pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 malam ini.
Pemangku jurulatih itu tegaskan skuad The Red Giant akan beraksi dengan semangat juang yang tinggi untuk pastikan kemenangan di MBPJ.
Ikuti secara langsung aksi ACL2 berkenaan bermula 7.30 malam ini di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, 6 wakil negara termasuk beregu campuran, Jimmy Wong – Lai Pei Jing akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi