← Back to list
Pearly-Thinaah ranking no 1 Jelajah Dunia Akhir!
Nov 06, 2025
Pearly Tan-M Thinaah muncul beregu wanita no 1 dalam ranking Jelajah Dunia Akhir buat kali pertama!
Beregu wanita utama negara itu berjaya mengatasi pencabar terdekat, gandingan nombor 1 dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning yang berada di kedudukan kedua.
__
Dalam perkembangan lain, pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee dijangka terlepas aksi Masters Jepun minggu depan susulan masih belum pulih daripada kecederaan.
Pei Kee bergelut dengan kecederaan sejak dua minggu lalu yang menyaksikan dia dan pasangannya, Teoh Mei Xing menarik diri pada aksi suku akhir Terbuka Hylo, Jumaat lalu.
__
Pengendali JDT, Xisco Munoz tetap menganggap pemain sayap kanan, Arif Aiman Hanapi sebagai wira Harimau Selatan pada aksi ACL Elit berdepan Shanghai Shenhua, malam tadi.
Katanya, biarpun Arif Aiman tidak jaringkan gol, dua bantuan jaringan dilakukannya dan perancangan taktikal yang baik membuktikan kredibilitinya sebagai pemain serba boleh.
Aksi berkesudahan dengan keputusan 3-1 menyaksikan JDT melonjak ke tangga kedua Kumpulan A dengan 7 mata selepas empat perlawanan.
__
Dan, pengendali Manchester City, Pep Guardiola optimis Phil Foden hampir kembali ke tahap terbaiknya.
Ini selepas bintang City itu jaringkan dua gol untuk bantu City benam Borussia Dortmund 4-1 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi