← Back to list
10 Wakil Negara Mara Ke Pusingan Ke-2 Terbuka Malaysia
Jan 07, 2026
5 lagi wakil negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Ini susulan beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik sahkan kemaraan selepas tewaskan gandingan dari Amerika Syarikat dengan straight set.
Turut mara ialah beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah yang tewaskan wakil India sekali gus tamatkan badi kekalahan pusingan pertama kejohanan itu pada 3 edisi lalu.
Ini menyaksikan 10 wakil negara akan meneruskan cabaran pada pusingan kedua esok.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Negeri Sembilan nafi membeli Anuar Ceesay dengan nilai RM95,000 yang dianggap tinggi oleh pihak tertentu.
Pihaknya bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar dan menegaskan pemain itu masih berstatus import serta sedang diuruskan sebagai pemain warisan.
.....
Akhir sekali, Chelsea dalam misi kembali ke kelompok 4 teratas EPL apabila berkunjung ke Fulham awal pagi esok.
Untuk rekod, pengurus baru Chelsea, Liam Rosenior hanya akan mula ambil alih kelab itu bagi perlawanan Piala FA, Ahad ini.
Saksikan secara langsung aksi EPL antara Chelsea dan Fulham bermula 3.30 pagi esok di ASTRO, saluran 812 dan aplikasi Sooka.
Anda juga boleh saksikan perlawanan Manchester United dan Burnley secara langsung bermula 4.15 pagi esok di ASTRO, saluran 810, 811 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi