← Back to list
Inter Milan mara ke final Liga Juara-Juara
May 07, 2025
Inter Milan tewaskan Barcelona 4-3 pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara.
Davide Fratessi muncul wira Inter apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan sekali gus bantu pasukannya mara ke final dengan agregat 7-6.
Skuad kendalian Simone Inzaghi itu kini menanti pemenang antara PSG dan Arsenal yang akan beraksi pada satu lagi perlawanan separuh akhir esok.
Untuk rekod, ini merupakan final kedua Inter dalam tempoh tiga tahun selepas tewas kepada Man City pada final 2023.
.....
Inter Miami dilapor tidak lagi berminat untuk mendapatkan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.
Satu lagi kelab MLS iaitu Chicago Fire kini jadi pilihan utama jika pemain itu berhijrah ke Amerika selepas kontraknya bersama The Citizens tamat hujung musim ini.
.....
Kementerian Belia dan Sukan berharap lebih banyak jenis sukan termasuk e-sukan dimasukkan ke dalam program pembangunan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Pihaknya berkata cadangan berkenaan untuk memperkukuh ekosistem sukan negara dan membuka peluang kepada atlet berpotensi.
.....
Dan BAM memaklumkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kekal sebagai calon tunggal Presiden BAM bagi penggal 2025–2029 setakat ini.
Bagaimanapun, pihaknya berkata pencalonan jawatan itu masih dibuka sehingga hari pemilihan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi