← Back to list
Malaysia Tewaskan Palestin 1-0
Sep 09, 2025
Malaysia raih kemenangan pertama ke atas Palestin dalam tempoh 24 tahun!
Ini selepas skuad Harimau Malaya tewaskan Palestin 1-0 menerusi jaringan Joao Figueiredo pada aksi persahabatan antarabangsa malam tadi.
Perlawanan itu turut menyaksikan pemain warisan, Richard Chin membuat penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan.
Untuk rekod, Malaysia berjaya kekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Peter Cklamovski dengan tiga kemenangan dan satu seri.
…..
16 wakil negara termasuk beregu lelaki, Aaron Chia - Soh Wooi Yik akan beraksi pada hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong hari ini.
Sementara itu, juara dunia, Chen Tang Jie - Toh Ee Wei tarik diri daripada kejohanan itu untuk proses pemulihan diri dan stamina.
…..
Skuad hoki wanita negara tewas 0-5 kepada Korea Selatan pada aksi kumpulan Piala Asia Wanita 2025 sekali gus terlepas peluang mara ke pusingan seterusnya.
…..
Aksi Kelayakan Piala Dunia UEFA pagi tadi berkesudahan,
Kosovo kejutkan Sweden 2-0,
Denmark tewaskan Greece 3-0,
Manakala Itali tundukkan Israel 5-4.
.....
Akhir sekali, Nuno Espírito Santo dipecat sebagai ketua jurulatih Nottingham Forest selepas hampir dua tahun bersama pasukan itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi