← Back to list
Mesir Layakkan Diri Ke Piala Dunia 2026
Oct 09, 2025
Mesir menjadi pasukan Afrika ketiga yang layakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Ini selepas mereka tewaskan Djibouti 3-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia Afrika.
Mohamed Salah muncul wira apabila menjaringkan dua gol untuk pastikan kemaraan pasukannya selepas Maghribi dan Tunisia.
Dalam satu lagi aksi, Indonesia tewas 2-3 kepada Arab Saudi pada aksi pertama kumpulan B, Pusingan ke-4 kelayakan Piala Dunia 2026.
......
Beralih ke bola sepak tempatan, Harimau Malaya dalam misi buru 3 mata penuh apabila berdepan Laos pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 malam ini.
Pengendalinya, Peter Cklamovski berkata meskipun berdepan isu bersama FIFA ketika ini, mereka mahu kekal fokus untuk pamer aksi cemerlang.
Anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung bermula 7 malam ini di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
......
6 wakil negara akan beraksi pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik hari ini.
Ini termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah yang dijadual berdepan gandingan dari Indonesia.
Turut akan beraksi ialah beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang akan berdepan rakan senegara, Low Hang Yee – Ng Eng Cheong.
Ikuti secara langsung Terbuka Artik bermula 3 petang ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Malaysia tewaskan Australia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan C Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025.
Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut skuad badminton negara sekali gus layakkan diri ke suku akhir selaku juara kumpulan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi