← Back to list
Separuh Akhir Piala FA: Sabah sudah sedia
Nov 09, 2025
Sabah sudah bersedia untuk hadapi Selangor bagi aksi separuh akhir bola sepak Piala FA di Stadium Likas malam ini!
Pengendalinya, Jean-Paul de Marigny juga berharap anak buahnya tidak ulangi kesilapan sama ketika tewas 1-2 kepada Gergasi Merah dalam aksi Liga Super di venue sama minggu lalu.
The Rhinos dijangka akan turun tanpa khidmat 2 tonggak utamanya iaitu Gabirel Peres dan Darren Lok yang masih berada dalam senarai kecederaan.
Saksikan pertembungan Sabah-Selangor bermula 8.15 malam ini di Astro Arena dan aplikasi Sooka.
---
Chelsea naik tangga ke-2 EPL selepas tumpaskan Wolves 3-0 dalam aksi awal pagi tadi.
Pendahulu liga, Arsenal pula seri 2 sama dengan Sunderland.
Manchester United juga seri 2-2 dengan Tottenham untuk raih 1 mata berharga.
Perlawanan lain berkesudahan West Ham tundukkan Burnley 3-1 dan Everton benam Fulham 2-0
---
Beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing tewaskan wakil tuan rumah untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini.
Tonton secara langsung kejohanan itu di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
---
Ratu boling padang negara, Emma Firyana Saroji tutup kempen Piala Dunia 2025 di KL dengan cemerlang apabila muncul juara acara perseorangan wanita.
Izzat Shameer pula raih gangsa untuk perseorangan lelaki manakala Jariah Zakaria rangkul gangsa dalam kategori perseorangan para wanita.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi