← Back to list
Crystal Palace Kekal Beraksi Pada Liga Konferens UEFA
Aug 12, 2025
Hasrat Crystal Palace untuk beraksi pada Liga Europa musim ini tidak kesampaian.
Ini selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan tolak rayuan mereka berhubung keputusan UEFA yang menyingkirkan Palace daripada saingan itu.
Hal ini menyaksikan juara Piala FA itu akan beraksi pada Liga Konferens manakala Nottingham Forest secara rasmi menggantikan tempat mereka pada Liga Europa.
Palace diturunkan ke saingan Liga Konferens kerana pemiliknya sebelum ini turut miliki majoriti saham kelab Perancis, Lyon yang turut layak beraksi dalam saingan Liga Europa.
.....
Pertahanan Borussia Dortmund, Niklas Sule dijangka berehat selama dua bulan selepas alami kecederaan otot ketika aksi pra musim menentang Juventus Ahad lalu.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Negeri Sembilan sedia berdepan JDT pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Kapten skuad Jang, Ahmad Khuzaimi Piee berharap momentum baik pasukan itu pada aksi pra musim mampu diteruskan untuk aksi malam ini.
Pemain pertahanan itu bagaimanapun akui akan kekuatan JDT dan berharap pasukannya mampu catat keputusan positif.
Ikuti secara langsung aksi Liga Super bermula 8.05 malam di Astro, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Malaysia sasar 16 pingat emas pada Sukan SEA Pekak 2025 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi