← Back to list
Bergson Kini Menyamai Rekod Indra Putra
Aug 13, 2025
Bergson da Silva kini menyamai rekod penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman!
Penyerang itu kini miliki 106 gol – terikat dengan jumlah gol legenda bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin.
Ini selepas Bergson jaringkan 1 gol untuk bantu JDT benam Negeri Sembilan 5-3 malam tadi.
Aksi lain berkesudahan,
Selangor tewaskan DPMM Brunei 3-0 sekali gus catat kemenangan pertamanya musim ini.
Dan, Kelantan The Real Warriors seri 1 sama dengan Imigresen FC.
.....
BAM dijangka memaklumkan senarai akhir pemain ke Sukan SEA 2025 minggu depan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky berkata perbincangan sedang dijalankan untuk memilih kombinasi terbaik.
Tambahnya, pasangan utama negara seperti Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Pearly Tan – M. Thinaah berkemungkinan besar dikekalkan dalam senarai itu.
.....
Sementara itu, Majlis Sukan Negara berkata isu dana melibatkan skuad berbasikal lebuh raya ke Sukan SEA Thailand dijangka selesai minggu ini.
.....
Akhir sekali, Galatasaray dilapor mengadakan perbincangan dengan Manchester City untuk mendapatkan penjaga gol, Ederson.
Ini berikutan Manchester City dikatakan berhubung dengan PSG untuk menandatangani penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi