← Back to list
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, Yew Sin-Ee Yi disekat pilihan kedua
Jan 15, 2025
Goh Soon Huat-Shevon-Lai antara lima wakil Malaysia mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka India!
Beregu campuran negara itu tewaskan pasangan Indonesia dengan straight set.
Empat wakil negara yang terlebih dahulu layak ialah perseorangan lelaki Leong Jun Hao, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan dua beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzudin dan Arif Junaidi-Yap Roy King.
Namun cabaran beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terhenti selepas tewas kepada pilihan kedua dari China.
Sementara itu, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara tiga wakil negara yang akan memulakan cabaran hari ini.
Anda boleh saksikan Terbuka India secara langsung sekarang di Astro Badminton, saluran 815!
__
Arsenal bakal kehilangan khidmat Gabriel Jesus apabila berdepan Tottenham pada aksi EPL, awal pagi esok ekoran alami kecederaan teruk.
Jesus mengisi senarai kecederaan bersama beberapa tonggak utama lain termasuk Bukayo Saka, Ben White dan Takehiro Tomiyasu.
Sementara itu, pengendali The Gunners sahkan Raheem Sterling dan Jurrien Timber antara tonggak utama yang bakal kembali perkuatkan pasukan.
Ikuti aksi antara Arsenal dan Tottenham secara langsung di Astro, saluran 811 bermula 4 pagi nanti!
__
Dan, bintang Lionel Messi dilapor akan kembali ke bekas kelabnya, Barcelona secara pinjaman.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi