← Back to list
KL City Mara Ke Separuh Akhir Piala Malaysia
Feb 16, 2026
Hasrat Terengganu untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia tidak kesampaian.
Ini selepas skuad Penyu tewas 1-2 kepada KL City pada aksi suku akhir kedua semalam.
Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi Akhyar Rasyid sebelum tuan rumah bangkit menjaringkan dua gol pada babak kedua.
Paulo Josue muncul wira KL City apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 sekali gus bantu pasukannya mara dengan agregat 3-2.
KL City seterusnya dijadual bertemu JDT atau Melaka FC pada aksi separuh akhir nanti.
.....
Atlet luncur alpine negara, Aruwin Salehhuddin menghadapi cabaran getir pada kempen Sukan Olimpik Musim Sejuk di Itali semalam.
Ini selepas satu-satunya wakil negara pada kejohanan terbabit gagal menamatkan kedua-dua pusingan dalam acara giant slalom wanita.
.....
Arsenal mara ke pusingan ke-5 Piala FA Inggeris buat kali pertama sejak 2020 selepas benam Wigan 4-0 pada aksi pusingan ke-4.
Kesemua gol skuad The Gunners dijaringkan dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan.
.....
Akhir sekali, pertahanan Nottingham Forest, Murillo dijangka meninggalkan kelab terbabit pada musim panas ini.
Ini berikutan pemain berusia 23 tahun itu dilapor menarik minat beberapa kelab Liga Perdana, termasuk Chelsea dan Liverpool.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi