← Back to list
Arteta bimbang Arsenal terus dihimpit kecederaan
Feb 16, 2026
Arsenal semakin dibelenggu isu kecederaan!
Pengendali The Gunners, Mikel Arteta akui bimbang susulan senarai kecederaan anak buahnya yang semakin panjang selepas benam Wigan 4-0 pada aksi keempat Piala FA, awal pagi tadi.
Namun kemenangan bergaya itu menyaksikan The Gunners kehilangan khidmat Riccardo Calafiori dan Ben White akibat kecederaan.
Tiga tonggak utama Arsenal masih direhatkan iaitu kapten Martin Odegaard, Kai Havertz dan Mikel Merino.
__
Barcelona intai peluang untuk mengungguli kedudukan La Liga apabila berkunjung ke Girona, awal pagi esok.
Barca mampu pintas pendahulu Real Madrid yang hanya berkelebihan dua mata jika skuad kendalian Hansi Flick berjaya catat kemenangan pada perlawanan itu.
Sementara itu, Marcus Rashford masih diragui sama ada dapat diturunkan susulan alami kecederaan.
Ikuti aksi antara Girona dan Barca secara langsung jam 4 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, Datuk Seri Lee Chong Wei tekad bantu skuad negara mengembalikan trofi Piala Thomas yang kali terakhir dijulang pada 1992 di Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM itu mahu menggunakan pengalaman luasnya bagi memperkukuhkan perancangan dan persiapan pasukan.
Ketika ini, Chong Wei bekata persiapan sudah dirangka lebih awal berbanding kebiasaan apabila skuad negara dijadual jalani kem latihan selama 10 hari di Denmark, bulan depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi