← Back to list
Malaysia Menghampiri Sasaran 200 Pingat Sukan SEA 2025
Dec 16, 2025
Hari ke-7 Sukan SEA Thailand menyaksikan kontinjen negara menambah 6 pingat emas, 5 perak dan 9 gangsa.
Emas negara disumbangkan oleh perenang negara, Khiew Hoe Yean menerusi acara 400 meter gaya bebas lelaki.
Acara yang turut raih emas semalam ialah gimnastik berirama, lompat jauh, snuker berpasukan, dan dua pingat dari kem wushu.
.....
Dalam pada itu, Malaysia tewas 0-1 kepada tuan rumah, Thailand pada aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA.
Anak buah Nafuzi Zain itu seterusnya akan berdepan Filipina pada aksi penentuan pingat gangsa, manakala Thailand akan bertemu Vietnam untuk perebutan emas.
Ikuti secara langsung liputan Sukan SEA Thailand di Astro saluran 801, 802 dan aplikasi Sooka!
.....
Cheah Liek Hou dinobat sebagai Pemain Badminton Para Lelaki Terbaik Dunia 2025 pada Majlis Gala BWF di China malam tadi.
Jaguh perseorangan lelaki badminton para negara itu turut rangkul anugerah Beregu Para Terbaik Dunia 2025 bersama Mohd Fareez Anuar.
Sementara itu, Liu Sheng Shu – Tan Ning dari China raih anugerah beregu wanita sekali gus mengetepikan wakil negara, Pearly Tan – M. Thinaah.
.....
Akhir sekali, Manchester United seri 4 sama dengan Bournemouth pada aksi tunggal EPL awal pagi tadi.
Keputusan itu meletakkan skuad The Red Devils di tangga ke-6 liga, berkongsi 26 mata dengan Liverpool.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi