← Back to list
FIFA Isytihar Malaysia Kalah 0-3 Pada Tiga Aksi Persahabatan Tier 1
Dec 17, 2025
FIFA menjatuhkan hukuman tambahan kepada Harimau Malaya dengan isytihar kekalahan 0-3 dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1.
Ini berikutan kes menurunkan pemain tidak layak dalam perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin.
Sementara itu, FAM turut dikenakan denda lebih RM50,000 dan pihaknya akan mohon alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ambil tindakan lanjut.
Sebelum ini, FIFA menjatuhkan hukuman penggantungan selama setahun ke atas 7 pemain warisan Harimau Malaya susulan isu pemalsuan dokumen.
.....
Beregu wanita negara, Pearly Tan – M. Thinaah mulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan.
Ini selepas pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 itu tewaskan gandingan dari tuan rumah, China dengan straight set pada aksi pusingan pertama peringkat kumpulan.
Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei raih kemenangan straight set ke atas rakan senegara, Goh Soon Huat – Shevon Lai.
.....
Dan beralih ke Sukan SEA Thailand, kem silat negara tambah 1 lagi pingat emas menerusi Ummi Mashitah Hassan dalam acara pencak silat individu wanita kelas C.
Sementara itu, antara acara lain yang sumbang emas ialah termasuk kriket berpasukan lelaki T10 dan muay thai wai kru wanita.
Ikuti secara langsung liputan Sukan SEA Thailand di Astro saluran 801, 802 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi