← Back to list
EPL: Arsenal mulakan kempen dengan kemenangan!
Aug 18, 2025
Riccardo Calafiori muncul wira Arsenal!
Ini selepas pemain pertahanan itu jaringkan gol kemenangan untuk bantu The Gunners tundukkan Manchester United 1-0 pada aksi EPL.
Pengendalinya, Mikel Arteta akui anak buahnya gagal pamer prestasi terbaik namun gembira kerana tetap berjaya raih kemenangan.
Aksi lain berkesudahan, Chelsea seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace manakala Nottingham Forest benam Brentford 3-1.
__
Beralih ke berita sukan tempatan,
Imigresen FC cipta kejutan pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala FA!
Skuad kendalian Yusri Che Lah itu bangkit daripada ketinggalan untuk tundukkan Terengganu 2-1.
Yusri bagaimanapun gesa anak buahnya agar tidak dibuai dengan kemenangan tersebut dan kekal fokus untuk aksi timbal balik nanti.
Aksi lain berkesudahan, Darren Lok jaringkan hatrik untuk bantu Sabah belasah Bunga Raya FC 6-0.
Dan, Penang kalahkan tuan rumah, Melaka 2-0.
__
Perak Bison menjuarai STL Premier GP Perak selepas tundukkan Kelantan Warriors 2-0.
Sementara itu, KL Thunder tewaskan Johor Tigris juga 2-0 untuk raih tempat ketiga.
__
Dan, ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Ski Air dan Sukan Wake Malaysia 2025
Aaliyah mendominasi kategori terbuka wanita dengan menyapu bersih ketiga-tiga acara iaitu slalom, tricks dan jump.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi